THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, February 23, 2010

PEMBELAJARAN BAHASA ARAB MELALUI PENGGUNAAN INTERNET

selamat pagi smua... w/pn aku taip post ni time mtahari da trbenam dan bulan mmunculkan dirinya.. tp aku ttp anggap wktu ni pg coz ade sseorg mngatakan pdku ayt td tu akn mmberi kte smngat tuk lakukan something.. coz, wish slmat mlm hnyalah tuk tido sje.. sdangkan byk lg yg kte prlu lakukan pd wktu mlm ni.. ok.. ni skadar mukadimmah je.. hu3.. topik yg ingin dbincangkan ialah pmbeljaran bhs arab melalui pggunaan internet..

dsini aku telah mnjumpai 1 artikel dlm internet yg mmbincangkan topik ini.. terdapat 4 lmn web utama yg mmberi pndedahan khusus terhadap pmbelajaran bhs arab.. antara pendedahan yg diberikan ialah asas2 perbualan bhs arab, kemahiran brbhs arab seperti penulisan, pembacaaan dan perbualan, kamus bhs arab dan terjemahan al-Quran dalam bhs inggeris.

first ialah asas pertuturan bhs arab.. laman web yg bleh dlayari tuk asas pertuturan bhs arab ialah http://www.muttaqun.com/arabic/. melalui lman web ini, pengguna akan diajar beberapa contoh asas2 perbualan bhs arab. terdapat 4 tajuk utama yg diberikan iaitu perkataan asas bhs arab, nombor-nombor arb, tmpat2 trtentu dan kamus asas bhs inggeris ke dalam bhs arab. laman ini menggunakan 2 bhs utama iaitu bhs inggeris dan bhs arab. selain itu, pengguna yg melayari laman web ini dapat mndengar sebutan setiap prkataan yg diberikan.

second ialah kemahiran bhs arab iaitu pertuturan dan pembacaan. laman web yang perlu dilayari ialah http://www.sakhrmedia.com/afl.html. laman ini disiarkan scra prcuma oleh syrikat Sakhrmedia kpd pngungjung yg mlayari web ini. laman web ini terbukti berkesan untuk proses pmbelajaran kmahiran bhs arab. ia dipecahkan kpd 2 pringkat pmbeljaran utama iaitu pringkat 1 ialah level 1-3. level ini merupakan pmbeljaran dialog2 perbualan harian di pelbagai situasi. ia menekankan kpd kemahiran pertuturan. pringkat ke 2 ialah level 4-5. level ini lebih menekankan kpd kemahiran mmbaca dan mnjawab soalan2 kefahaman. di peringkat inilah pengguna yang melayari laman web ini akan didedahkan dengan pelbagai bentuk soal jawab berbentuk tatabahasa, retorik dan kebudayaan di smaping menekankan kemahiran membaca dan menulis serta kemahiran mendengar dan bertutur. sesuatu yg amat menarik di laman web ini ialah setiap perkataan yg diberikan dpt didengar dgn jelas dan menarik.

third ialah kamus istilah agama.. laman web yg bleh dilayari untuk kamus ini ialah http://dictionary.al-islam.com/. dalam kamus ini terdapat 6 pilihan bahasa bagi seseorang merujuk makna2 perkataan dalam bhs arab terutamanya istilah2 dalam bidang keagamaan iaitu bhs arab-bhs inggeris, bhs arab- bhs malaysia, bhs arab- bhs indonesia, bhs inggeris- bhs arab, bhs malaysia- bhs arab dan bhs indonesia- bhs arab. kamus ini lebih cenderung kpd istilah dalam bidang agama islam.

yg last skali ialah terjemahan al-Quran.. laman web yang bleh dilayari untuk terjemahan al-Quran ialah http://nooraliman.com/quraan.htm. mereka yg melayari laman web ini dapat dapat membuat rujukan terjemahan al-Quran dalam bhs inggeris dgn mudah. hal ini kerana laman web ini menyediakan terjemahan mengikut ayat yg dipilih dari 114 surah yg trdapat dalam al-Quran. ini sgt memudahkan pengguna untuk memahami makna2 ayat al_quran tersebut tanpa perlu mncari makna satu2 perkataan.

ini merupakan laman2 web yg bleh dilayari untuk mmpelajari bhs arab.. masyarakat sekarang lebih trdedah kpd pnggunaan IT.. tdk mustahillah pmbeljaran bhs mlalui internet mndapat smbutan yg positif oleh masyarakat skarang.. di samping itu, masyarakat dpt meningkatkan penguasaan bhs al-Quran di zaman yg serba canggih ini.

sekian...

Monday, January 25, 2010

SATELIT

Mengikut ilmu astronomi, satelit merupakan suatu objek di angkasa yang berputar mengelilingi suatu objek lain yang lebih besar, dan kekal berada dalam graviti objek tersebut. Bulan adalah satelit kepada planet bumimatahari. kita, manakala Bumi pula merupakan satelit kepada
Umumnya, apa yang dimaksudkan dengan satelit ialah sebuah objek di ruang angkasa buatan manusia yang beredar mengelilingi bumi.

Jenis satelit

Bentuk satelit buatan berbeza-beza mengikut tujuannya. Beratnya juga daripada beberapa kilogram (satelit nano) kepada beberapa tan.
  • Satelit astronomi digunakan untuk memerhati dan mengkaji planet, bintang dan objek-objek jauh lain.
  • Satelit komunikasi digunakan untuk tujuan telekomunikasi. Siaran radio dan televisyen boleh dipancarkan menggunakan frekuensi gelombang mikro. Kebanyakannya menggunakan orbit geosegerak atau orbit hampir geopegun, walaupun ada yang menggunakan orbit rendah bumi.
  • Satelit pantau bumi digunakan untuk memantau permukaan bumi melalui orbit untuk tujuan pemerhatian alam sekitar, kaji cuaca atau pembuatan peta.
  • Satelit pandu arah digunakan untuk navigasi dan pembuatan peta. Isyarat masa radio membolehkan pengguna mengetahui kedudukan mereka dengan tepat melalui sistem GPS.
  • Satelit cuaca mencatat dan mengirimkan maklumat tentang keadaan cuaca dan iklim bumi.
  • Stesen angkasa merupakan satu 'bangunan' untuk membolehkan manusia hidup di angkasa lepas. Stesen ini telah direka untuk membolehkan ia didiami selama beberapa bulan, bahkan beberapa tahun.
  • Satelit ketenteraan merupakan satelit komunikasi atau satelit pantau bumi yang digunakan oleh pihak tentera.
  • Satelit kecil seperti satelit mini (500 – 200 kg), satelit mikro (10 – 200 kg) dan satelit nano (di bawah 10 kg).

Orbit satelit

Orbit satelit juga berbeza dari jarak 117 km hingga ke 35,000 km di atas permukaan bumi mengikut tugas yang telah ditetapkan.
Orbit-orbit berikut pula merupakan orbit khusus yang digunakan untuk mengkategorikan satelit:
  • Orbit Molniya
  • Orbit segerak matahari (Heliosynchronous)
  • Orbit kutub
  • Orbit pemindahan bulan (LTO)



 
internet : result for image satelit

ROBOT

ROBOT ASIMO

    Honda maju setapak lagi dalam kajian untuk menghasilkan robot yang boleh mengikut arahan minda manusia. Robot yang diberi nama Asimo sebelum ini telah berjaya berjalan dan berlari seperti manusia kini berjaya dipertingkatkan untuk menerima arahan (isyarat) terus dari minda manusia.
Dalam demonstrasi yang dibuat di Ibu Pejabat Honda baru-baru ini Asimo bergerak mengikut isyarat yang diterima dari minda manusia yang dipakaikan dengan helmet antaramuka (interface) otak manusia – mesin (brain-machine).Bagaimanapun CEO Honda Yasuhisa Arai berkata kejayaan ini masih diperingkat awal dan perlukan penyelidikan lanjut sebelum Asimo boleh digunakan sepenuhnya.


 
sumber : www.robotasimo.com

WANITA ROBOT


    Wah dalam teropong memang cun muka awek ni.  Nampak pakaiannya macam pakaian robocop.  Sayangnya dia bukan manusia tapi robot terbaru HRP-4C yang memiliki ciri rupa paras seorang wanita.  Robot ini boleh bercakap dan tersenyum. Ia dicipta untuk dijadikan sebagai model bagi memperagakan pakaian. Bagaimana pun ia masih belum melepasi tahap keselamatan yang dibenarkan untuk dibenarkan berjalan bersama dengan model manusia. Jepun memang menunjukkan kesungguhan dalam membangunkan teknologi robot dan Artificial Intelligence (AI). Pada tahun 2008 mereka mengeluarkan robot anjing AIBO dan robot manusia ASIMO.Kita patut menggalakkan anak-anak kita dan generasi muda untuk mengikuti sikap dan kesungguhan orang Jepun dalam melaksanakan sesuatu impian dan wasawan.



 
sumber : www.robotasimo.com

Sunday, January 24, 2010

FUNGSI BLACKBERRY

       Blackberry merupakan produk dari sebuah perusahaan telekomunikasi terkemuka asal Kanada iaitu research in Motion (RIM). BlackBerry pun menjadi produk yang paling diminati oleh pasar smart phone saat ini. Berdasarkan statistik terbaru, apabila dibandingkan dengan para pesaingnya, BlackBerry masih unggul. Data dari NPD market survey yang mendapati blackberry menduduki peringkat tiga teratas dari lima smart phone paling popular dan paling laku di pasaran  tahun 2009. Menurut data tersebut, Blackberry menduduki posisi teratas disusul iPhone 3G dan T-Mobile G1. Berdasarkan statistik lain dari ChangeWavemarket survey, menunjukkan bahawa BlackBerry memiliki 41% dalam penjualannya. Peratusan ini jauh lebih tinggi apabila dibandingkan pesaingya, iPhone yang hanya 24%. Pada awalnya BlackBerry terkenal dengan layanan Push Mail nya, yang membuat anda menerima e-mail semudah menerima SMS.

    
        Akan ada notifikasi apabila ada e-mail masuk ke akaun anda, sehingga anda tidak perlu memeriksa akaun anda terlebih dahulu. Selain itu, Push Mail dilengkapi dengan tingkat kompresi data yang tinggi sehingga data dapat terkirim dengan cepat. BlackBerry dilengkapi dengan kamera/video digital, pemutar musik dan video, global positioning system (GPS), Internet Mobile, e-book, modem dan juga dapat mengakses Wi-Fi (wireless fidelity).  Aplikasi yang terkenal dari BlackBerry adalah aplikasi browser untuk mengakses internet dan juga aplikasi instant messagin (IM) seperti AOL, Google, ICQ Windows Live Messenger, Yahoo Messenger, IBM Lotus Connection, Novell GroupWise Messenger, Microsoft Office Live Communications Server 2005, Microsoft Office Communications Server 2007, dan IBM Lotus Sametime.


       Fungsi sekuriti BlackBerry juga sangat istimewa. Dilengkapi dengan nombor identifikasi atau PIN, membuat BlackBerry anda tidak dapat digunakan oleh orang lain kerana PIN anda terdaftar pada operator dan juga server BlackBerry. Semua fungsinya akan terkunci apabila nombor ponsel dan PIN tidak sesuai dengan database di server BlackBerry. Kelebihan ini membuat orang asing tidak dapat mengganti simcard anda sebarangan seperti yang sering terjadi pada kejadian pencurian. Sekuriti lain ditawarkan oleh kekuatan body BlackBerry. Beberapa seri BlackBerry tidak akan rosak apabila dijatuhkan dari ketinggian mencapai tiga meter. Selain itu, hal yang paling penting untuk era digital saat ini adalah kemampuan BlackBerry untuk digunakan browsing inernet dengan lancar dan minim hang.


        Anda dapat mengakses laman-laman jejaring sosial yang sedang popular sekarang ini seperti Facebook, Flickr dan MySpace. Blackberry akan terus berkembang dan menawarkan fungsi-fungsi yang lebih mobile, lengkap dan praktis. Indikator sederhananya adalah inovasi-inovasi yang ditawarkan seperti misalnya kemunculan BlackBerry touchscreen yang menyemarakkan persaingan smart phone kategori touch screen


PENGGUNAAN MY KAD

     SEJAK dilancarkan pada 2000, aplikasi kad pintar pelbagai guna kerajaan atau MyKad yang berperanan sebagai teknologi merekod dan menyimpan maklumat rasmi terus mengalami revolusi penambahbaikan.
MyKad bukan sahaja mengandungi maklumat asas seperti nombor kad pengenalan, nama, alamat, status kewarganegaraan serta lesen memandu pemiliknya. Malah, ia juga boleh digunakan sebagai prasaran kekunci awam, merekod maklumat kesihatan serta sebagai e-tunai.
Kelebihan MyKad yang dilengkapkan dengan cip mikroprosessor 32 kilobait itu juga membolehkan aplikasinya diperluaskan dari semasa ke semasa ke arah meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.


    Pengenalan aplikasi MyID misalnya, adalah antara inisiatif kerajaan dalam mempelbagaikan penggunaan myKad bagi memudahkan rakyat berurusan dengan kerajaan. Menerusi aplikasi MyID ini, semua urusan membabitkan pemegang MyKad dengan agensi kerajaan akan dirujuk menerusi satu nombor. 


     Pangkalan data ini sebenarnya menjadi antara cadangan penyelesaian apabila timbulnya isu yang berkaitan dengan perincian penduduk. Sebagai contoh pemberian subsidi seperti petrol, diesel, beras, gula dan sebagainya kepada penduduk yang benar-benar layak. Ketika ini, mekanisme pemberian subsidi tidak mempunyai perincian khusus kerana kerajaan tidak boleh mengelompokkan rakyat yang layak atau tidak layak menerimanya.Salah satu penyebabnya ialah kerana ketiadaan pangkalan data khusus mengenai butiran rakyat yang boleh dirujuk oleh kerajaan untuk tujuan itu. Perkara ini adalah sesuatu yang merugikan apabila kerajaan terpaksa berbelanja berbilion ringgit untuk memberikan subsidi misalnya minyak dan gula kepada semua penduduk.


     Sedangkan, cip pada MyKad yang sudah digunakan hampir 10 tahun lalu itu boleh membantu kerajaan mengenal pasti rakyat yang layak dan sebaliknya. Semua data berkaitan individu seperti pendapatan, saraan keluarga dan maklumat lain boleh dimasukkan di dalam cip MyKad tersebut.
Apabila pengguna ingin membeli minyak petrol, mereka hanya perlu mengakses MyKad di stesen-stesen minyak dan kadar harga yang sepatutnya perlu dibayar akan dipamerkan termasuk jumlah subsidi yang diterima.  


     Bagaimanapun dalam menggalakkan urusan secara elektronik dengan rakyat menerusi penggunaan MyKad, kerajaan memastikan soal keselamatan data dan kerahsiaan peribadi yang terkandung di dalam cip elektronik itu benar-benar dilindungi.



sumber internet : image for result my kad

FACEBOOK KINI LAMAN SOSIAL YANG PALING POPULAR

       Setelah sekian lama Friendster menjadi laman sosial popular di Malaysia, kini takhta tersebut diambil-alih oleh Facebook. Laman sosial Facebook kini menjadi laman ke-empat popular di Malaysia, meninggalkan Friendster yang berada ditangga ke-tujuh, MySpace ditangga ke-sebelas dan Tagged ditangga ke-dua belas.
Selain di Malaysia, Facebook juga kelihatan mendominasi negara-negara barat, dan kini mula mendominasi beberapa negara di Asia. 

    Tetapi ianya masih lagi baru, dan kebanyakkan negara asia mengguna pakai laman sosial yang dibangunkan oleh pembangun tempatan mereka sendiri Cyworld di Korea Selaan, Mixi di Jepun, Wretch di Taiwan, QQZing di Vietnam. Pengguna dari Filipina pula masih berpegang kepada Friendster, manakala pengguna dari India lebih meminati Orkut. Data-data ini yang dikumpulkan oleh Vincos adalah disusun berdasarkan data daripada Alexa dan Google Trends. di China dan

       Malaysia sendiri mempunyai beberapa laman sosial yang dibangunkan oleh pembangun tempatan, seperti Ikon.my dan juga Connection, namun ianya kurang mendapat perhatian dan sambutan daripada para pengguna tempatan, yang mana lebih gemar menggunakan Facebook, Friendster dan laman-laman yang seumpama dengannya.


 


INTERNET

          Internet adalah singkatan bagi perkataan bahasa inggeris iaitu inter-network. ia adalah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking. internet dikuatkuasa oleh perjajnjian komersil dwi- atau berbilang pihak dan spesifikasi teknikal (protokol yang menerangkan tentang pemindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini disediakan berdasarkan perbincangan Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet ( Internet Engineering Task Force- IETF) yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai RFC ( Request For Comments). Sebahagian daripada RFC dijadikan piawaian internet oleh Lembaga Rekabentuk Internet (Internet Architecture Board - IAB). Protokol-protokol Internet yang sering digunakan adalah seperti TCP/IP, UDP, DNS, PPP, SLIP, ICMP, POP3, IMAP, SMTP, HTTP, HTTPS, SSH, Telnet, FTP, LDAP dan SSL.



Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang menggunakan protokol di atas, ialah e-mel, Usenet, Newsgroup, perkongsian fail, Jaringan Sejagat (WWW), Gopher, WAIS, finger, IRC, MUD, dan MUSH. Di antara semua ini, e-mel dan Jaringan Sejagat paling kerap digunakan, dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya, seperti senarai mel dan blog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar seperti radio web dan siar web, yang boleh dicapai di seluruh dunia.
Beberapa perkhidmatan Internet popular yang berdasarkan sistem proprietari ialah seperti IRC, ICQ, AIM, CDDB, Torrent dan Gnutella.


Sebuah pembekal maklumat Internet sejagat comScore melaporkan bahawa jumlah pengguna unik Internet mecapai aras 1 bilion pada Disember 2008. Mengikut perangkaan penyelidikannya, Asia-Pasifik mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai dengan 41 peratus, diikuti oleh Eropah (28 peratus), Amerika UtaraAmerika Latin (7 peratus) dan akhir sekali Timur Tengah & Afrika (bersama 5 peratus). China Mengikut senarai tapak web yang dilawati pula, Google berada di kedudukan teratas dengan 778 juta pelawat unik. Ini diikuti dengan Microsoft, Yahoo, AOL dan Wikipedia dengan projek kembarnya (18 peratus), menggungguli senarai mengikut negara dengan 17.8 peratus pelayar Internet sedunia.