THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, January 24, 2010

PENGGUNAAN MY KAD

     SEJAK dilancarkan pada 2000, aplikasi kad pintar pelbagai guna kerajaan atau MyKad yang berperanan sebagai teknologi merekod dan menyimpan maklumat rasmi terus mengalami revolusi penambahbaikan.
MyKad bukan sahaja mengandungi maklumat asas seperti nombor kad pengenalan, nama, alamat, status kewarganegaraan serta lesen memandu pemiliknya. Malah, ia juga boleh digunakan sebagai prasaran kekunci awam, merekod maklumat kesihatan serta sebagai e-tunai.
Kelebihan MyKad yang dilengkapkan dengan cip mikroprosessor 32 kilobait itu juga membolehkan aplikasinya diperluaskan dari semasa ke semasa ke arah meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.


    Pengenalan aplikasi MyID misalnya, adalah antara inisiatif kerajaan dalam mempelbagaikan penggunaan myKad bagi memudahkan rakyat berurusan dengan kerajaan. Menerusi aplikasi MyID ini, semua urusan membabitkan pemegang MyKad dengan agensi kerajaan akan dirujuk menerusi satu nombor. 


     Pangkalan data ini sebenarnya menjadi antara cadangan penyelesaian apabila timbulnya isu yang berkaitan dengan perincian penduduk. Sebagai contoh pemberian subsidi seperti petrol, diesel, beras, gula dan sebagainya kepada penduduk yang benar-benar layak. Ketika ini, mekanisme pemberian subsidi tidak mempunyai perincian khusus kerana kerajaan tidak boleh mengelompokkan rakyat yang layak atau tidak layak menerimanya.Salah satu penyebabnya ialah kerana ketiadaan pangkalan data khusus mengenai butiran rakyat yang boleh dirujuk oleh kerajaan untuk tujuan itu. Perkara ini adalah sesuatu yang merugikan apabila kerajaan terpaksa berbelanja berbilion ringgit untuk memberikan subsidi misalnya minyak dan gula kepada semua penduduk.


     Sedangkan, cip pada MyKad yang sudah digunakan hampir 10 tahun lalu itu boleh membantu kerajaan mengenal pasti rakyat yang layak dan sebaliknya. Semua data berkaitan individu seperti pendapatan, saraan keluarga dan maklumat lain boleh dimasukkan di dalam cip MyKad tersebut.
Apabila pengguna ingin membeli minyak petrol, mereka hanya perlu mengakses MyKad di stesen-stesen minyak dan kadar harga yang sepatutnya perlu dibayar akan dipamerkan termasuk jumlah subsidi yang diterima.  


     Bagaimanapun dalam menggalakkan urusan secara elektronik dengan rakyat menerusi penggunaan MyKad, kerajaan memastikan soal keselamatan data dan kerahsiaan peribadi yang terkandung di dalam cip elektronik itu benar-benar dilindungi.



sumber internet : image for result my kad

0 comments: